Primer Cherang Clinic Kota Damansara 24H
PRIMER CHERANG CLINIC KOTA DAMANSARA 24H Primer Cherang Clinic Kota Damansara (PCCKD) adalah cawangan yang ketiga yang menerapkan konsep "mega-boutique clinic" dari aspek interior designing dan rawatan yang holistik untuk semua lapisan masyarakat. Dengan alunan ayat-ayat suci yang menenangkan serta bunyi harmoni air terjun di ruang menunggu, rawatan kepada emosi dan kerohanian pesakit yang disayangi bermula awal sebelum bertemu dengan doktor lagi bagi sesi konsultasi. Terkenal dengan pengasas Primer Cherang Clinic iaitu Dr. Rahimie & Dr. Safwan atas langkah kretif & inovatif bagi menarik minat masyarakat terhadap kepentingan kesihatan, cawangan terbaru di Kota Damansara ini bakal menjadi satu pemangkin baru bagi melahirkan komuniti yang lebih dinamik dari segi sosioekonomi dan penjagaan kesihatan yang lebih khusus. Bersama dengan Dr. Ian & Dr. Ilyas yang merupakan doktor tetap di PCCKD, anda kini berpeluang untuk menjadi sebahagian daripada ahli keluarga Primer Cherang Clinic Kota Damansara.